Sejarah Bangsa Dan Bahasa Melayu
Ini adalah salah satu artikel pengiring dari tiga artikel pengiring sebelum  artikel utama Alter Terahsia Bangsa Melayu yang akan diterbitkan seawal-awalnya  minggu hadapan.Srikandi akan mengulas tentang maksud di sebalik nama 'Melayu'  dan misteri di sebalik nama itu.Apakah sebenarnya nama Melayu ini?Adakah ia  bermaksud bangsa atau bahasa?
Pada hari ini penyakit buta kepada warisan dan jatidiri bangsa sendiri  menyebabkan ada di antara anak-anak Melayu 'goyang' apabila ditanya oleh kaum  lain tentang maksud Melayu,sehingga mereka pula seolah-olah mengajar dan  memberitahu anak-anak Melayu ini sejarah bangsa mereka.Ada yang meneka-neka dan  memandai-mandai membuat kenyataan sendiri sehingga terkeliru sendiri.Srikandi  akan cuba mengupas masalah ini dari pelbagai sudut.
Terlebih dahulu saya ingin jelaskan tentang pengertian Bani Jawi dan Melayu  itu sendiri.Ini kerana ramai di antara kita masih keliru sehingga ada juga yang  menganggap perkataan Melayu ini merujuk kepada bahasa,sehingga tiada langsung  apa yang dikatakan bangsa Melayu.Ini pandangan yang ekstrim,kerana kerana  setidak-tidaknya bahasa Latin yang menjadi bahasa perdagangan dan kesusasteraan  Eropah akibat penguasaan Empayar Rom itu sendiri dapat ditelusuri  asal-usulnya,iaitu dari Semenanjung Itali,bagaimana dikatakan Melayu itu hanya  bahasa dan bukan mewakili satu bangsa atau setidak-tidaknya satu suku  kaum?Bahasa Perancis adalah dari orang-orang Franks,bahasa Inggeris berasal dari  sukukaum Angles;datang ke Briton (nama lama kepulauan Inggeris) dari Tanah  Jerman bersama sukukaum Jerman yang lain seperti Jutes dan Saxons.Bahasa  Sepanyol dari 'Spaniards' dan bahasa Rusia dari keturunan Caucasian,Viking dan  Norseman yang bergaul dengan bangsa-bangsa nomad di padang rumput Steppe di  dataran-dataran luas Siberia sehingga melepasi banjaran Caucasus dan sungai  Volga,jadi adakah bahasa Melayu berasal dari bangsa 'alien' yang datang dari  planet Zargus??Fikirkan.
Ada juga yang berfikiran singkat mengatakan perkataan 'Melayu' itu diberi  oleh orang Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu.Ini adalah pendapat yang kurang  berpendidikan kerana orang-orang Melayu masih menjaga warisan sejarah sehingga  kesultanan mereka dan adalah tidak logik sehingga nama bangsa sendiri pun boleh  terlupa sampai terpaksa bangsa lain membubuhkan nama bangsa mereka.Lainlah  orang-orang Melayu menjadi seperti orang-orang di Kepulauan Filipina yang  dicabut akar budaya mereka sehabis-habisnya,warisan mereka dimusnahkan,raja-raja  mereka dibunuh dan mereka dipaksa menganut agama Kristian sehingga semua ini  menjadi satu tragedi yang amat malang bagi mereka yang asalnya adalah bersaudara  dengan orang-orang Melayu.Mujurlah masih terdapat sukukaum di Filipina yang  kurang menerima kesan penjajahan Sepanyol yang kejam ini seperti orang-orang  Sulu (selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro atau Moor-gelaran untuk bangsa  Arab di Andalus atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di sana).Orang-orang  Sulu inilah yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-keris panjang  mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.
Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah  memalukan seorang yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose Rizal.Dan  apakah yang dikatakan oleh Jose Rizal dalam salah satu pidatonya?
Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio Rizal  Mercado y Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa 'Filipino',namun  kita tidak tahu apakah nama 'Melayu'nya yang tersembunyi.Ini samalah dengan  saudara-saudara kita di Selatan Thai yang dipaksa memakai nama Thai dan terpaksa  menyembunyikan identiti sebagai orang yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan  Filipina itu sendiri berasal dari nama seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua  yang memerintah Sepanyol pada 1556 hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa  bangsa 'Filipino' itu hanyalah khayalan penjajah sahaja dan ini boleh dilakukan  dalam keadaan penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksa menjadi orang  Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh sultan dan raja  mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskan kediaman mereka  berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.Namun kita akan tahu nama asal  Kepulauan Melayu ini dari penemuan arkeologi di Filipina.Salah satunya yang  paling terkenal ialah Laguna Copperplate.

Bila saya menuliskan tentang 'Bani Jawi',ini termasuklah semua kaum-kaum  yang menggunakan bahasa yang mempunyai tatabahasa dan kemiripan di antara satu  sama lain.Pakar-pakar linguistik menamakan bahasa-bahasa ini sebagai  Malayo-Polynesia.Kaum-kaum ini berasal dari induk mereka yang misteri.Bani Jawi  adalah satu kumpulan kaum-kaum yang menggunakan bahasa Malayo-Polynesia  ini.Kaum-kaum ini yang dikesan menggunakan lingkungan bahasa ini terdapat di  kawasan tasik di pedalaman Jepun,Taiwan,Asia Tenggara ('Homeland' Bani Jawi) ke  timur mencapai pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai pulau-pulau  Papua,Solomon,New Zealand dan Fiji mendekati Australia (sebelum penjajah  Inggeris tiba di sini,Australia diduduki oleh kaum aborigine Austronesian).Ke  barat sehingga menjangkau Madagaskar berdekatan Benua Afrika.Selain dari Bani  Jawi di sekitar Indonesia dan Malaysia,kebanyakan kaum-kaum Bani Jawi yang  diluar lingkungan ini telah terasimilasi dengan teruk ketika penjajahan dan  terputus dari warisan induk mereka.Di sini kita faham bahawa Bani Jawi yang  menduduki Kepulauan Indonesia dan yang terdapat Malaysia adalah Bani Jawi yang  berbeza;mereka adalah dari kelompok yang berjaya menjaga warisan moyang  mereka,lebih bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini juga berjaya memegang  tampuk pemerintahan politik dan berkuasa atas tanah-tanah mereka,tidak seperti  yang terjadi kepada Bani Jawi yang lain terutama di Pasifik.Di sini kita tahu  satu rahsia.

Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang dinamakan 'Indonesia','Malaysia' dan  'Brunei' adalah mereka yang dekat dengan 'induk' Bani Jawi.Mereka juga masih  mempertahankan budaya,bahasa dan raja-raja mereka.Fikirkan,jika mampu,adakah  penjajah Inggeris dan Belanda bersimpati untuk mengekalkan budaya,bahasa dan  politik penduduk tanah-tanah jajahan mereka?Jika kita katakan Sepanyol lebih  kejam kerana 'mensepanyolkan' orang Filipina,bagaimana dengan Australia?Penduduk  aborigine dinafikan hak mereka sebagai pribumi Australia yang asalnya adalah  tanah mereka,fikirkan dari manakah manusia aborigine ini boleh wujud di  Australia jika tidak ada moyang mereka yang bijak dalam ilmu pelayaran? 

SEBENARNYA JIKA  BOLEH,ORANG-ORANG BANI JAWI DI INDONESIA,MALAYSIA DAN BRUNEI MAHU DIHAPUSKAN  TERUS IDENTITI KEMELAYUAN MEREKA ,
tidak kira di'Inggeriskan' atau di  'belandakan'.Namun ini tidak terjadi semudah itu dan hakikatnya telah gagal.Para  penjajah ini tidak mampu melakukan begitu kerana masih ada warisan Bani Jawi  yang gagah perkasa berdegil mempertahankan warisan mereka.Kita boleh faham  mengapa bahagian Selatan Filipina masih kuat pengaruh 'kemelayuannya' terutama  orang-orang Tausug yang masih diluar pengaruh 'kristianisasi dan  pensepanyolan'.Sebab itu mereka masih berkuasa melancarkan pemberontakan.Dari  Luzon hinggalah ke Visayan,penjajah Sepanyol telah menjarah budaya ketimuran  sehingga mereka menjadi amat lemah dan pasrah dengan 'takdir' yang menimpa diri  mereka,tetapi ini cuba ditentang oleh penduduk di selatan atau lebih tepat di  pulau Mindanao.Puak-puak pemisah cuba untuk menentang 'saudara' mereka yang  telah hilang identiti dan menjadi 'makhluk' lain.
Siapakah Gloria Macapagal Arroyo?Apakah kaitan beliau dengan penduduk  Sulu?Moyang kepada moyang beliau mungkin kenal siapakah sultan-sultan Manila dan  Visayan juga raja-raja Mindoro dan Samar.Sultan-sultan Sulu?Jika moyang kepada  moyangnya tidak kenal Kesultanan Sulu maka sudah tentu nama 'Macapagal' itu  tidak ada.Bolehlah digantikan dengan 'Fernando' sebagai contoh menjadi Gloria  Fernando Arroyo sahaja.Mungkin Presiden Filipina itu berasal dari Lisbon atau  conquistador yang menjajah Filipina.Tetapi perkataan 'Macapagal' itu sendiri  menimbulkan misteri yang tidak berkesudahan tentang asal-usul orang-orang di  Filipina.
Beliau ialah cucu-cicit Raja Lakandula yang memerintah Manila sebelum  penjajah Sepanyol merampas wilayah itu darinya.Tanyakan dia siapa Raja Sulaiman  yang membantu moyangnya menentang Sepanyol.Moyang beliau beragama Islam dan kota  Manila itu sendiri berasal dari kata "Amanillah" bermaksud "di bawah keamanan  Allah".Lakandula adalah gelaran raja-raja Melayu di Kepulauan Filipina pada  zaman dahulu.
 *Pahlawan Tausug/Sulu yang  gagah beraniMengapa penduduk ke selatan 'tidak makan saman' dengan kekejaman  conquistador Sepanyol?Cuba perhatikan budaya dan semangat orang-orang  Tausug/Sulu.Perhatikan betapa penduduk Luzon telah berjaya ditukar menjadi  makhluk lain,kita mungkin tidak boleh menyalahkan kelemahan mereka kerana armada  penjajah Sepanyol mungkin bertumpu di Luzon dan tidak mampu mencengkam  pengaruhnya di Mindanao yang jauh ke selatan.Tetapi keris-keris panjang pahlawan  Sulu mampu menceritakan perit getir mereka melawan Sepanyol.Gloria Macapagal  Arroyo mungkin sudah melupakan keris Sulu ini (yang mungkin pernah dikucup  moyangnya ketika menentang conquistador Sepanyol) namun bukan orang-orang di  Jolo.
 *Keris panjang atau Keris  Sundang SuluAdakah Inggeris lebih bermurah hati dan 'kasihan' dengan Bani Jawi di Tanah  Melayu?Adakah Belanda bersimpati dengan Bani Jawi di Sumatera dan Jawa?TIDAK SAMA SEKALI.Cuba  baca kisah kaum Red Indian Cherokee yang dihalau dari tanah tumpah darah mereka  di benua Amerika.Mereka dihalau beramai-ramai oleh penjajah Inggeris yang mahu  menubuhkan Dunia Baru mereka.Beribu-ribu orang mati dalam pelarian termasuk  kanak-kanak dan wanita.Apa sudah jadi pada identiti kaum Red Indian pada hari  ini?Hanya logo 'Apache' sahaja masih tertinggal pada helmet budak-budak rempit  Melayu yang leka menyabung nyawa di jalan raya.Mereka sudah hilang tanah dan  identiti.Mereka semakin terhimpit di bumi nenek moyang mereka.Pelajarilah semua  ini.
Namun,pelajaran paling hampir ialah di Filipina.Tersangat hampir.Jika  pemimpin Umno masih berkeras berpolitik sehingga beribu-ribu warga India dan  China boleh 'lesap' tanpa dikesan di negara mereka ditambah pula PKR yang makin  liberal dan PAS yang lupa perjuangan sebenar (sebagai contoh),50 tahun lagi  orang-orang Melayu yang dungu ini akan hilang kuasa politik mereka secara  terhina dan memalukan.
Moralnya ialah,semangat mahu mempertahankan agama,bangsa dan tanahair telah  memotivasikan Bani Jawi di 'Indonesia' dan 'Malaysia' supaya kekal mendaulatkan  budaya dan bahasa mereka.Jika mereka lemah,mungkin anda dan saya tidak lagi  bergelar Melayu.Dan tidak lagi berbahasa Melayu.HANYA BANGSA YANG BENAR-BENAR SABAR DAN KUAT SAHAJA MAMPU  MENGEKALKAN KEWUJUDANNYA SETELAH DIJAJAH DAN DIJARAH OLEH PELBAGAI PENJAJAH  BERATUS TAHUN.
Polinesia adalah istilah dari Greek yang bermaksud 'banyak pulau'.Ini  menerangkan Kepulauan Melayu sehingga ke pulau-pulau Pasifik.Dari segi  terminologinya ia bermaksud Kepulauan Pasifik,menjangkau Pasifik Tengah dan  Pasifik Selatan.Ia adalah satu daripada tiga bahagian;yang lainnya ialah  Melanesia dan Micronesia.Austronesian ialah kelompok keluarga bahasa paling  terbesar di dunia,dahulunya dikenali sebagai Malayo-Polynesian.Setelah pakar  bahasa memasukkan bahasa Formosan (juga berasal dari bahasa para pelayar Melayu  yang tiba di Taiwan beratus-ratus tahun yang lampau) ke dalam keluarga bahasa  Malayo-Polynesian,kini ia digelar keluarga bahasa Austronesian.Ini adalah salah  satu daripada keluarga bahasa terbesar di dunia berdasarkan jumlah bahasa  melebihi 700 bahasa dan keluasan geografinya.Bahasa Cham di Vietnam dan  Kemboja,bahasa Malagasy di Madagascar dan bahasa Tagalog di Filipina adalah dari  keluarga Malayo-Polynesian.Perhatikan terminologi para pakar bahasa ini yang  mengesan rahsia bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu dan Pasifik ini.'Malayo'  adalah ciri-ciri bahasa 'Western Malayo-Polynesian' seperti bahasa Melayu,Sunda  dan Jawa.Ini bahasa Bani Jawi yang standard,maju dan dinamik.'Polynesian' pula  adalah lebih kepada bahasa-bahasa kaum aborigine Pasifik.Anehnya,terdapat  persamaan dari segi struktur bahasa dan peraturan tatabahasa antara bahasa  Melayu/Indonesia dengan bahasa-bahasa Pasifik ini,walaupun kosa kata mereka  berbeza.Dan pasti ada kata-kata yang sama seperti perkataan 'mata','batu' dan  sebutan angka-angka.'Lima' adalah perkataan yang dominan.Orang Samoa juga  menyebut angka 'Sepuluh' sama seperti kita di sini.Sebutan angka dalam Tagalog  mirip sebutan dalam bahasa Jawa.Ringkasnya 'Malayo' adalah ciri-ciri Bahasa  Melayu yang menjadi bahasa perpaduan Indonesia,Brunei dan Malaysia dan  'Polynesia' merujuk kepada bahasa-bahasa sukukaum aborigine Pasifik.
Sesungguhnya terdapat misteri di sini.Apa kaitan orang-orang aborigine di  Malaysia seperti Orang Asli,Dayak,Jakun dan sebagainya dengan aborigine Pasifik  seperti Hawaii,Samoa,Fiji dan lain-lain?Dan APA KAITAN SEMUA ABORIGINE INI  DENGAN ORANG JAWA,SUNDA DAN MELAYU?Anda akan mendapat kunci rahsia ini dalam  artikel utama ATBM "Austronesian dan Polinesia".

Sesetengah saudara Bani Jawi kita di Indonesia menganggap Melayu itu adalah  satu sukukaum padahal cuba kita tanya,sukukaum Melayu itu adalah yang  bagaimana?Pakaian orang Melayu tidak jauh beza dari pakaian etnik-etnik di  Indonesia terutamanya di Pulau Sumatera.Orang Melayu juga berkeris seperti orang  Sunda dan Jawa.Bahasa?Padahal loghat (slang) bahasa Melayu di negeri-negeri  Malaysia juga berbeza.Cuba kita paksa orang Jawa bercakap dengan orang  Kelantan,bagaimana rasanya (mungkin ini antara sebab Manohara tidak serasi  dengan orang Kelantan,pendapat saya sahaja).Cuba teliti dialek pekat Kedah,Perak  dan Terengganu.Orang luar mungkin merasakan orang Perak,Kelantan dan Kedah yang  bercakap dialek pekat masing-masing dari tiga kaum berbeza.Samalah jika kita  paksa orang Sunda bercakap dengan orang Aceh.Perbezaan loghat/dialek adalah  sama,tidak kira di Indonesia atau di Malaysia.Jadi,di manakah 'sukukaum' Melayu  itu secara jelas?Apa yang Melayunya pemuda yang bernama Fahrin Ahmad jika  dibandingkan dengan Ahmad Dhani?Apa Melayunya Siti Nurhaliza jika Kris Dayanti  malu menjadi 'Melayu' dan suka disebut 'bangsa Indonesia'?

Susilo Bambang Yudhoyono juga bersongkok sepertimana Sultan Mizan Zainal  Abidin ketika kunjungan hormat mereka berdua.Jadi adakah Sultan Mizan lebih  'Melayu' dari Sosilo Bambang?Jadi dimanakah 'Melayu' itu?Adakah Sultan Mizan  memerlukan penterjemah untuk memahami bahasa Presiden Indonesia itu?Jadi  dimanakah 'Melayu'nya Sultan Mizan?Adakah Siti Nurhaliza terpaksa belajar bahasa  yang dituturkan oleh Kris Dayanti sebelum bekerjasama dengan beliau?Mengapa  lagu-lagu dari seberang cepat popular di kalangan anak-anak remaja 'Melayu'  Malaysia berbanding lagu-lagu pop HongKong?Jadi dimana 'Melayu'nya itu?

Bani Jawi adalah nama yang diberikan bermula dari era Nabi Ibrahim  menyunting seorang gadis misteri dari Timur Jauh.'Melayu' adalah perubahan pada  nama kaum di mana gadis misteri itu berasal.Dalam manuskrip purba,ada tercatat  perkataan dasar 'Mala'.Nama Mala inilah yang dibawa oleh kaum misteri dari Timur  jauh itu.Ketika khabar tentang Mala sampai ke Tanah Kanaan,Madyan dan Parsi  Kuno,nama 'Mala' ini berubah-rubah mengikut bangsa yang memanggil  mereka.Orang-orang Assyria dan Media memanggil mereka sebagai 'Mala-Yu'.'Yu'  adalah suffix dalam bahasa Avesta Purba (bahasa Avesta adalah asal-usul bahasa  Sanskrit dan bahasa Jerman Kuno yang menjadi asas bahasa Inggeris/English itu  berasal dari saduran yang 'agak teruk' dari Sanskrit sebab itu dari segi  linguistiknya bahasa Inggeris terkelompok dalam keluarga bahasa Indo-European  atau Indo-Iranian)

Telah diterangkan sebelum ini dalam siri ATBM yang lepas bahawa bangsa  Madyan (Media) yang mengasaskan bangsa Parsi (Iran pada hari ini) adalah berasal  dari kaum Mada.Dalam istilah Assyrian dan Avesta,kaum ini dipanggil  'Mada-YU'.Dalam Sanskrit (ingat,bahawa Sanskrit dan Avesta ibarat bahasa/dialek  Kedah dengan bahasa/dialek Kelantan),'Malayu' ini dipanggil 'Malaiyu' atau  'Malai'.'Malai' bermaksud 'gunung'.Manuskrip purba China menyebutnya sebagai  'Malai' atau Mo-lo-yue'.
Orang Perancis menyebut Malaysia sebagai 'Malaise',jadi jika hilang 's' itu  atau hanya 'Malay' sahaja,mungkin pendekatan yang logik ialah 'Malai',sama  seperti sebutan dalam Sanskrit.

Keturunan Nabi Ibrahim a.s dengan gadis misteri tersebut ketika baginda  berdakwah di Timur Jauh inilah digelar sebagai Bani Jawi.Baru-baru ini saya  mendapat petunjuk dari 'channeling' saya,seolah-olah mengatakan bahawa dari enam  anak hasil perkahwinan baginda dengan Siti Keturah,tiga orang telah dibawa oleh  Nabi Ibrahim a.s ke Tanah Kanaan,manakala tiga yang lain ditinggalkan di  'Promised Land' bersama ibu mereka.Perlu dingat,ketika itu tiada kapal  terbang,jadi apabila Nabi Ibrahim berdakwah ke Timur Jauh,sudah tentu memakan  masa bertahun-tahun,dan perkahwinan dengan orang tempatan adalah perkara biasa  bagi lelaki yang merantau;tidak kira apa tujuan mereka,tambahan lagi nabi  Ibrahim adalah lelaki terhormat,bijaksana dan punya pekerti mulia.
Inilah asal-usul perkataan 'Melayu' dari segi saintifik,sejarah dan  akademik.Bukan 'melayu' seperti bunga layu,atau 'lari'.Malah 'Mala' itu adalah  sekuntum bunga yang mekar harum dari gambaran 'channeling' saya pada Khamis  malam Jumaat Kliwon (siapa saya dan asal-usul saya ada di dalam temuramah  selepas raya puasa yang lalu,cuba periksa...jadi adakah saya ini lebih 'Melayu'  dari saudara saya di Yogyakarta?).

Tiada siapa yang lebih Melayunya.Semua kekeliruan adalah berpunca dari  kebingungan para penjajah gelojoh berebut-rebut mahu melabel sesukahati tanah  jajahan mereka.Apakah itu 'Indonesia'?Suku kata 'Indo' itu sendiri menunjukkan  kebingungan penjajah Belanda yang menganggap pulau-pulau Indonesia adalah  orang-orang Keindiaan.Sama seperti kebingungan penjajah Eropah yang memanggil  kaum-kaum aborigine Amerika sebagai 'Red Indian' kerana kekeliruan Columbus yang  menganggap telah sampai ke India dan kekeliruan melihat warna kulit mereka  disangkakan orang-orang India.Cuba kaji mengapa nama 'Nusantara' yang  dicadangkan oleh seorang cendekiawan Indonesia ketika mahu menamakan nama negara  itu hampir berjaya namun tertolak saat-saat akhir.Alangkah beruntungnya jika  jiran kita itu adalah sebuah negara bernama 'Nusantara'.Mungkin mereka lebih  mesra dengan saudara mereka di sini dan tidak terlalu bermegah dengan nama yang  diberikan oleh Belanda itu sehingga ada yang mahu menikam saudara mereka sendiri  dengan buluh runcing.
Dalam hal ini seolah-olah Inggeris lebih berpengetahuan luas dengan nama  orang-orang Melayu.Mengapa Belanda tidak mengenal kaum-kaum di tanah jajahannya  sebagai 'Melayu'?Padahal sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda yang menyaksikan  pembahagian wilayah 'Indonesia' dan 'Malaysia',orang-orang dari pulau-pulau  Sumatera,Jawa dan lain-lain bebas keluar masuk ke Tanah Melayu dan Benua  Siam,begitu juga orang dari Tanah Melayu bebas membina keturunan di pulau-pulau  Indonesia pada hari ini.Dari mana asal orang Aceh,Bugis dan Brunei?Ini  rahsianya.
Bani Jawi di Indonesia menamakan bahasa mereka 'Bahasa Indonesia'.Ini cuma  istilah politik sahaja dimana pernah negara kita menamakan bahasa ini sebagai  Bahasa Malaysia.Selepas itu kementerian menamakan semuala sebagai Bahasa  Melayu.Di Indonesia,jika ingin membicarakan asal-usul bahasa Indonesia,mereka  akan merujuk kepada istilah 'Bahasa Melayu' akhirnya.
Jadi,jika Melayu ini sukukaum,bagaimana satu sukukaum boleh menakluk  seluruh Malaysia dan Indonesia dengan bahasa mereka?Bukan sahaja itu,seluruh  Kepulauan Melayu dan Pasifik mematuhi 'pattern' bahasa mereka?Mengapa bukan  bahasa Aceh atau Jawa menjadi lingua franca seluruh Nusantara?Ada yang  mengatakan asal-usul Melayu adalah satu kerajaan bernama Kerajaan Malayu di  Sumatera,namun kerajaan yang dilabel 'Melayu' itu hanya satu pemerintahan kecil  sahaja.Bagaimana kerajaan kecil seperti itu boleh memaksa seluruh Nusantara  supaya berbahasa dengan bahasa mereka?Fikirkan misteri ini,sebab itu saya  katakan Melayu itu adalah nama lain bagi Bani Jawi,tercatat di dalam manuskrip  purba Avesta dan Sanskrit...juga tulisan pepaku (cuneiform) Sumeria.Ini adalah  warisan dari satu bangsa kuno yang tenggelam ketika Banjir Besar atau bencana  lain. 
SEbenarnya kita diperkotak-katikkan oleh kebodohan dan kebingungan penjajah  sendiri disamping kebodohan kita sendiri yang ikut sahaja macam lembu dicucuk  hidung segala kekeliruan penjajah.Kemudian bergaduh sama sendiri semata-mata  pakaian,bahasa dan budaya yang sah-sah memang sama!Ini ibarat dua orang bodoh  yang bergaduh sesama sendiri kerana masing-masing menuduh sesama sendiri meniru  jumlah tangan,mata dan telinga yang ada dua pasang.Padahal mereka berdua ialah  MANUSIA!
A berkata:Namaku  Indonesia,Belanda yang bagi nama...aku ada dua tangan,kenapa kamu tiru  aku?
B berkata pula:Aku  Malaysia,Inggeris bagi nama...orang Malaysia memang ada dua tangan,kamu yang  tiru aku.
B mempertahankan  diri:Aku sejak lahir memang sudah ada dua tangan,kenapa mahu  dipatahkan...?
A menjawab:Aku juga  lahir dengan dua tangan...Ah! Kecapetan aku dengan masalah ruwet begini  dong...sialan kamu!
Akhirnya A dan B berebutkan songkok,keris dan bahasa Melayu sesama  sendiri.Ini adalah senario yang menyedihkan.Amat bingung dan tolol.Jadi sudah  nampak kepentingan mempelajari asal-usul kita?YA!AMAT PENTING,SAMPAI SATU TAHAP,JADI KRITIKAL SEPENTING  NYAWA DIHUJUNG TANDUK!
Masalah ini jelas jika negeri Kelantan berpisah dari Malaysia dan  menubuhkan negara sendiri yang pekat dengan gagasan 'Bangsa Kelantan'  (baca:bangsa Indonesia).Bila bergaduh di Internet,tidak mustahil orang-orang  Kelantan yang dungu (contoh sahaja) akan memanggil Malaysia sebagai Malingsial  dan memijak bendera Malaysia.Orang Kedah pula memijak bendera Kelantan dan  mencerca orang Kelantan.Bila terlihat di Youtube,video orang Terengganu memakai  keris dan bertanjak,maka orang Kelantan mengancam mahu menyerang Terengganu  kerana 'mencuri' budaya mereka.Nasi Dagang juga didakwa berasal-usul dari  Kelantan.Akhirnya orang Kelantan dan Terengganu berebut-rebutkan Nasi Dagang dan  Budu sesama sendiri,dan pada masa yang sama orang Selangor dan Kuala Lumpur  menyedut minyak dari bumi mereka sambil ketawa berdekah-dekah (ini tambahan dari  saya,jangan marah saya ye!).
Fikirkan,kita selesa memanggil orang Brunei sebagai Melayu Brunei,namun  jika melihat orang-orang dari Indonesia,kita cenderung melabel mereka sebagai  'Indon' seolah-olah makhluk dari planet lain padahal Wak Seman yang berniaga  tempe dibelakang rumah kita boleh kita labelkan sebagai Melayu Jawa.Begitu juga  orang Indonesia yang keliru.Saya teringat satu rancangan muzikal artis-artis  Malaysia dan Indonesia terbitan RTM dan RCTI sekitar tahun 90-an dahulu.SElepas  habis persembahan M.Nasir dengan lagu bernuansa Nusantara 'Mentera Semerah  Padi',pengacara bersama dari Indonesia melahirkan rasa kagum dengan lagu  tersebut dan menyebut-nyebut rasa bangga beliau dengan rumpun yang sama antara  Malaysia dan Indonesia.Saya begitu terkesan dengan kata-kata 'satu rumpun' dan  'nusantara' yang disebut-sebut beberapa kali oleh pengacara wanita Indonesia itu  kepada temannya dari Malaysia (saya lupa siapa pengacara Malaysia itu,maklumlah  baru dibangku sekolah rendah,sudah lama berlalu)

Pandangan kedua yang mengatakan Melayu itu bahasa bukan bangsa juga adalah  satu kekeliruan yang pelik.Padahal kebiasaan satu bahasa dinamakan bersempena  bangsa yang menggunakannya.Adakah orang Amerika atau Americans menggunakan  American Language?No!It's absolutely not!You know,man...
Orang Amerika tetap memanggil bahasa mereka sebagai English,setidaknya  American English.Apa itu English?Englishman,dude...you know what I mean?Who  the hell of this Englishman?
Jadi siapa yang memandai buat teori mengatakan Melayu itu nama bahasa?Jadi  siapa yang menggunakan bahasa Melayu?Orang Jawa?Orang Kedah?Orang Perak?Orang  Minang?
Mengapa maharaja-maharaja Srivijaya dan betara-betara Majapahit menuliskan  prasasti-prasasti yang melambangkan kewujudan empayar mereka dalam bahasa  Melayu?Adakah kerana takut dengan Melaka yang kecil itu?TIDAK SAMA  SEKALI.
Bahasa Melayu adalah bahasa nenek moyang Sultan Mansur Syah,Hayam Wuruk dan  Samaratungga.Ia adalah bahasa leluhur Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Ia  adalah bahasa kebanggaan Raja-raja Funan "King of The Mountain" dan raja-raja  Champa.
Orang-orang Eropah yang akhirnya menjadi 'bangsa Amerika' tidak menamakan  semula bahasa mereka menjadi 'Uncle Sam Language' sebagai contoh.English tetap  English,walaupun imigran Ukraine,Perancis,Jerman dan Itali mahupun Yahudi  Ashkenazi yang berhijrah ke Amerika.
JIka mahu berhujah dengan bahasa Sanskrit,perlu diingat Sanskrit bukanlah  bahasa percakapan sehari-hari terutama Dravidian (Tamil,Telegu dll).Ia bahasa  sastera,agama dan istana.Malah penggunaannya terhad mengikut kasta tertentu pada  zaman dahulu.Ia bahasa 'suci' yang dipandang tinggi (sebab itu tidak keterlaluan  ada pengkaji bahasa menyifatkan asas bahasa Inggeris adalah Sanskrit).Jadi  tiadalah kaum Sanskrit atau bangsa Sanskrit.Masalahnya dalam kes bahasa  Melayu,kita berurusan DENGAN BAHASA YANG MENJADI BAHASA PERSATUAN SELURUH BANI  JAWI/NUSANTARA/MALA.Bahasa Melayu tidak dikasta-kastakan.Ia bahasa persuratan  dan bahasa perdagangan.Ia ADALAH BAHASA KUNO YANG DIGUNAKAN SEAWAL URUSAN MEREKA  DENGAN PARA UTUSAN KING SOLOMON DAN FIRAUN-FIRAUN DI THE LAND OF THE GODS.'The  Mala Ancient Language in The Land of Promise'.Dari manakah asal 'Mala'  ini?



0 komentar to “Sejarah Bangsa Dan Bahasa Melayu”