Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah 1
Oleh:
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Darussyifa'
1.0 PENDAHULUAN
Yang  dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk  yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya  tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di  alamnya atau alam ghaib. Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya  daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah  Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri  daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya. Beriman atau mempercayai  tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini  adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t.  Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:
hluk halus itu ada 3 jenis, iaitu  jin, syaitan dan iblis. Di antara jin-jin tersebut, ada yang beragama  Islam, Yahudi, Kristian, Majusi dan ada yang menganut bermacam-macam  penyembahan dan kepercayaan seperti manusia juga.Syaitan lebih rendah martabatnya dariada jin dan ifrit kerana hidup mereka semata-mata untuk menganggu dan membinasakan makhluk-makhluk Allah. Makhluk-makhluk halus merupakan makhluk-makhluk yang hidup mempunyai roh yang membolehkan mereka hidup berketurunan. Mereka mempunyai batasan umur
yang telah ditetapkan oleh Allah seperti manusia juga. Jin akan mati apabila tiba ajalnya, tetapi umur syaitan (keturunan iblis) adalah panjang
AI-Quran  itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang  bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan  sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan  kepada mereka. 
Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:
i.  Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t.,  menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian  manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa  mencipta
makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.
 
ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.
 
iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.
 
v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta
rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.
 
Masyarakat Melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk halus itu kepada berbagai-bagai jenis syaitan, iblis,. jin dan lain-lain, tanpa merujuk kepada malaikat. Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus dirujuk kepada makhluk-makhluk selain malaikat, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu dengan
 penerangan khusus mengenainya.v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta
rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.
Masyarakat Melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk halus itu kepada berbagai-bagai jenis syaitan, iblis,. jin dan lain-lain, tanpa merujuk kepada malaikat. Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus dirujuk kepada makhluk-makhluk selain malaikat, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu dengan
Dalam AI-Quran  dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa  menanti-nanti, menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia, iaitu  iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya. Dalam peristiwa kejadian Adam,  Allah s.w.t. telah memerintahkan iblis supaya sujud menghormati kejadian  Allah s.w.t. iaitu Adam. Namun iblis enggan berbuat demikian kerana  kesombongannya, yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam  (al-A'raf:11). Oleh sebab itu Allah s.w.t. telah melaknat iblis dan  menghukumkannya kafir. Sujud di sini dinamakan Sujud Tahiyyat bukan  sujud kebaktian. Sujud kebaktian hanya kepada Allah s.w.t. tidak kepada  yang lain.
 
Berlatar belakangkan peristiwa tersebut, iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. yang ia akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah-perintah Allah s.w.t. Iblis bersumpah akan menggoda manusia dari setiap penjuru seperti yang termaktub dalam Surah al-A'raaf ayat 16 dan 17:

(Iblis)  berkata, kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan  menghalang mereka dari jalanMU yang lurus. Kemudian aku akan datangi  mereka dari muka dan dari belakang, dari kanan dan kiri mereka. Dan  Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur.
Dalam perkataan diatas, menurut tatabahasa bahasa Arab, huruf ba di sini menunjukkan Al-ba 'u lil-qasam (
)  iaitu menunjukkan sumpah. Bermaksud bahawa iblis telah bersumpah di  hadapan Allah bahawa ia akan menghalang hamba manusia daripada melakukan  kebaikan. 
 
)  iaitu menunjukkan sumpah. Bermaksud bahawa iblis telah bersumpah di  hadapan Allah bahawa ia akan menghalang hamba manusia daripada melakukan  kebaikan. Ada pendapat lain yang mengatakan huruf ba di sini ialah lis-sababiyyah (
), menunjukkan  sebab. Maksudnya oleh sebab syaitan itu dilaknat dan dihukumkan kafir  oleh Allah s.w.t. berpunca daripada Adam, maka iblis bersumpah  akan membalas dendam terhadap diri Adam dan keturunannya supaya mereka  semua sesat, terlaknat dan terpesong daripada jalan yang diredhai Allah  s.w.t. dan neraka bersama iblis.
), menunjukkan  sebab. Maksudnya oleh sebab syaitan itu dilaknat dan dihukumkan kafir  oleh Allah s.w.t. berpunca daripada Adam, maka iblis bersumpah  akan membalas dendam terhadap diri Adam dan keturunannya supaya mereka  semua sesat, terlaknat dan terpesong daripada jalan yang diredhai Allah  s.w.t. dan neraka bersama iblis.Dalam  ayat ini, Iblis bersumpah akan menghalang manusia daripada tiba ke  jalan yang diredhai Allah s.w.t. sehingga mereka semua binasa atau sesat  seperti dirinya juga. Iblis jarang menyekat perbuatan baik seseorang  itu namun apabila ia telah tiba di peringkat akhir atau di penghujung  jalan dalam usahanya untuk memperolehi
keredhaan Allah s.w.t. Iblis dan kuncu-kuncunya akan sentiasa menyekat saluran-saluran yang membolehkan seseorang itu berusaha menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
 
Iblis bukan setakat menggoda supaya sembahyang seseorang itu tidak khusyuk apabila seseorang itu bangun untuk mengerjakan sembahyang, tetapi iblis akan sentiasa menghalang supaya seseorang itu tidak bangun untuk bersembahyang. Jika seseorang itu sedang tidur iblis akan menguliti manusia supaya terus tidur dan

merasakan bahawa tidur  itu lebih baik baginya. Apabila langkah tersebut tidak berjaya iblis dan  kuncu-kuncunya akan menggoda manusia ketika ia mengambil wuduk. Apabila  ia juga tidak berjaya dan manusia terus bangun bersembahyang, maka  iblis dan kuncu-kuncunya akan mengganggu manusia ketika ia
bersembahyang. Dengan hal yang demikian mungkin menyebabkan seseorang itu tidak khusyuk semasa bersembahyang. Akibatnya sembahyang yang dilakukannya itu tidak dapat membentuk peribadi yang baik dan tidak berupaya menghindarkan dirinya apabila melakukan perbuatan jahat dan mungkar.
 
Ayat seterusnya pula memperlihatkan setakat mana jalan-jalan itu disekat oleh iblis.

Ayat  di atas bermaksud bahawa iblis menyekat manusia daripada  melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah s.w.t. dari empat sudut  iaitu dari depan, belakang, kanan dan kiri, tanpa menyebut atas dan  bawah. Iblis tidak menyebut yang ia akan menyekat bahagian atas kerana  ia tidak berupaya berbuat demikian. Bahagian ini adalah tempat di antara  seorang hamba dan rahmat Allah s.w.t. seperti yang disebut oleh Ibn  Abbas. Bahagian bawah tidak disebut kerana sifat takabur iblis yang  tidak mahu tunduk menyekat dari bahagian bawah. Tindakan iblis dan  kuncu-kuncunya lebih berkesan dari bahagian depan dan belakang dan  kurang berkesan dari bahagian kanan dan kiri kerana bahagian-bahagian  ini dipelihara oleh malaikat.
 
Tegasnya peranan syaitan ialah menyesatkan manusia sejauh yang boleh (an-Nisa':60). Oleh sebab itu, manusia perlu sentiasa berwaspada dan memahami bahawa makhluk-makhluk ini adalah musuh utama manusia, yang telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. untuk membawa mereka semua ke neraka bersama-samanya, seperti yang tersebut dalam Surah al-Baqarah ayat 168 dan 169:

Dan  janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya  syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu  hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. 
Syaitan  itu adalah sebahagian daripada makhluk-makhluk halus. la  merupakan salah satu daripada kumpulan jin yang ingkarkan perintah Allah  s.w.t. Syaitan adalah daripada keturunan jin yang dijadikan daripada  api. Adam pula dijadikan daripada tanah. Allah s.w.t. menjadikan jin dan  manusia supaya taat kepada perintah Allah s.w.t. Mereka dikenakan  taklif. Kebaikan dan kejahatan mereka dihisab dan diberi balasan. Jin  terbahagi kepada dua bahagian iaitu jin Islam dan jin kafir. Termasuk  dalam golongan jin kafir ialah iblis syaitan dan sebagainya. Dalam  al-Quran disebutkan bahawa makhluk-makhluk halus itu mempunyai sifat dan  tabiat yang bermacam-macam. Ada yang cerdik, ada yang bodoh, ada  yang lalai dan ada yang lemah fikiran. Ada yang kafir yang berkelakuan  sempurna dan sangat baik pendiriannya. Ini disebutkan dalam Surah  al-Jinn ayat 11:

Dan  sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang salih dan di  antara kami ada pula yang tidak demikian. Adalah kami menempuh jalan  yang berbeza.
Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya  makhluk-makhluk jin yang beriman kepada Allah s.w.t. sesudah kebangkitan  nabi Muhammad seperti yang tersebut dalam Surah al-Jinn ayat 13:
Dan  sesungguhnya kami ketika mendengar pertunjuk (al-Quran), kami beriman  kepadanya. Maka barang siapa beriman kepada Tuhannya maka ia tidak takut  pengurangan pahala dan tidak takut akan penambahan azab.
Pada  satu, ketika ada satu golongan jin yang mendengar Rasulullah  s.a.w. membaca al-Quran, padahal baginda sendiri tidak mengetahui  kehadiran mereka. Peristiwa ini termaktub dalam al-Quran, Surah  al-Ahqaaf ayat 29:
Dan  ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu  yang mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka hadir, mereka  berkata diamlah kamu. Maka tatakala selesai, mereka pun kembali kepada  kaum mereka untuk memberi peringatan.
Ayat ini  bermaksud bahawa Allah s.w.t. telah mendatangkan sekumpulan jin kepada  Rasulullah s.a.w. untuk mendengar al-Quran. Ketika mereka  mendengar, sebahagian daripada mereka memperingatkan teman-teman yang  lain supaya diam dan mendengar al-Quran tadi. Setelah itu mereka pun  balik menemui kaum mereka yang belum beriman supaya beriman kepada Allah  s.w.t.
Jelasnya bahawa manusia dan jin itu dicipta oleh Allah  s.w.t. untuk menyembahnya Mereka diberi akal fikiran dan ikhtiar.  Perbuatan baik dan jahat mereka dihisab seperti yang dijelaskan dalam  Surah al-A'raf ayat 179:
Dan  sesungguhnya Kami telah sediakan bagi jahanam itu beberapa  banyak daripada golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka  tidak mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka  tidak mahu memerhatikan dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi  tidak mahu mendengar dengannya. Mereka semua seperti  binatang-binatang ternakan bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itulah  orang yang lalai.
Ayat ini menyatakan bahawa  manusia dan jin itu diberi hati (fikiran), mata dan telinga oleh Allah  s.w.t. menurut naluri asal kejadian masing-masing. Walaupun demikian  banyak di antara mereka yang tidak menggunakan pemberian Allah. s.w.t.  itu sebagaimana seharusnya. Mereka tidak menggunakan pemberian  Allah s.w.t. untuk jalan yang benar demi untuk pengabadian diri kepada  Allah s.w.t. Sikap demikian itu menyebabkan mereka seperti binatang yang  tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Ditinjau dari sudut  lain, mereka sebenarnya sesat begitu jauh, lebih teruk daripada binatang  kerana binatang tidak mempunyai akal dan ikhtiar.
Allah  s.w.t. menjadikan manusia dan jin untuk menyembahnya demi  kebaikan manusia dan jin di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. amat kaya  dan tidak mengambil manfaat daripada sifat taabbudi seseorang hambanya  seperti yang tersebut dalam Surah adz-Dzaariyyat ayat 56 dan 57:
Tidak  Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahku. Aku tidak mahu  daripada mereka sedikit rezeki dan Aku tidak perlukan mereka memberi  makan.
Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat  dilihat oleh manusia disebabkan unsur asal kejadiannya berlainan  daripada unsur kejadian manusia. Ini merupakan salah satu rahmat Allah  s.w.t. kepada manusia. Andainya Allah s.w.t. memperlihatkan jasad jin  dan syaitan, umumnya kekuatan manusia akan lemah melihatkan Makhluk  halus yang dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza dengan jasad  manusia.
Seperti yang dijelaskan bahawa iblis telah bersumpah  di hadapan Allah s.w.t. untuk menyesatkan manusia. Dalam keadaan  demikian, kita seharusnya memahami bahawa manusia adalah pihak yang  sentiasa bersifat defensif (bertahan), manakala makhluk-makhluk halus  itu adalah merupakan pihak yang sentiasa bersifat ofensif (menyerang)  yang ingin membinasakan manusia. Tidak ada pakatan yang dilakukan oleh  manusia secara teratur dan terancang, sama ada bersendirian  atau berkelompok yang bertujuan untuk membinasakan sebarang makhluk  halus kecuali dalam keadaan tertentu, setelah manusia diganggu oleh  makhluk-makhluk halus tadi. Tindakan manusia seperti ini sebenarnya  bukan bersifat ofensif. Mereka berbuat demikian semata-mata kerana  mengharapkan kesembuhan akibat kejahatan makhluk-makhluk halus tadi.  Dari sinilah kita akan dapat melihat kedudukan manusia yang sebenarnya,  sering terdedah kepada godaan musuh-musuh Allah s.w.t.
Iblis  telah mengakui dan menyedari bahawa ia tidak berupaya  hendak membinasakan orang yang ikhlas. Namun demikian, sifat ikhlas itu  tidak boleh diperoleh oleh semua orang dengan begitu mudah. Sifat ikhlas  merupakan satu natijah daripada gagasan rangkaian iman yang wujud pada  diri seseorang. Oleh sebab itu, tidak pelik jika iblis itu tidak dapat  menggoda orang yang ikhlas. Bagi mereka yang tidak beriman, iblis dan  syaitan adalah pemimpin mereka, tidak kira sama ada iblis dan syaitan  itu bersifat manusia ataupun daripada kalangan makhluk-makhluk halus.
Dalam Surah al-A'raaf ayat 27 Allah berfirman:
Hai  anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh  syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari  syurga. Ia menanggalkan dari mereka berdua pakaian untuk memperlihatkan  kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya  melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh lihat mereka.  Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin  bagi mereka yang tidak beriman.
Jelasnya bahawa  makhluk-makhluk ini terbentuk daripada zat halus (athir) yang tidak ada  halangan bagi zat itu untuk menyerupai sesuatu yang dikehendaki. la  juga boleh menembusi sesuatu, yang tidak disekat atau dihalangi oleh  bahan-bahan udara, air dan sebagainya.
 
Makhluk-makhluk halus boleh berupa kepada bentuk yang mereka ingini dengan izin Allah jua, dan boleh masuk atau keluar dari mana-mana bahagian tanpa sekatan. Pada satu ketika isteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Safiyyah menziarahi baginda yang sedang beriktikaf di masjid. Ketika Safiyyah hendak meninggalkan masjid baginda telah mengiringinya sampai ke pintu masjid. Pada waktu yang sama datang dua orang lelaki daripada golongan Ansar Ialu memberi salam. Rasulullah menjawab salam tadi dan berkata: "Sila kamu berdua masuk. Dia ini ialah Safiyyah bin Hay". Mendengar kata Rasulullah, mereka berdua pun mengucap "Subhanallah" . Kemudian Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya  syaitan itu memasuki tubuh manusia menurut aliran darah. Dan  sesungguhnya aku takut syaitan itu akan mencampakkan sesuatu dalam hati  kamu berdua.
Peristiwa di atas terjadi pada bulan Ramadan.  Mengirut kebiasaannya Rasulullah s.a.w. sejak 21 hingga akhir bulan  Ramadan akan berada di masiid siang dan malam untuk beriktikaf. Pada  satu malam Safiyyah berkunjung ke masjid kerana sesuatu keperluan.  Ketika pulang baginda menghantarnya hingga ke pintu masjid. Dua orang  Sahabat yang datang itu berlalu dengan cepat menyingkir diri  setelah melihat Rasulullah s.a.w. bersama seorang wanita, yang dirasakan  mungkin bukan mahramnya. Pada fikiran Sahabat tadi, dengan berbuat  demikian, Rasulullah s.a.w. tidak akan merasa malu bila berjumpa dengan  mereka. Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menerangkan keadaan yang  sebenar, menyatakan perempuan yang bersamanya itu ialah isterinya.  Baginda khuatir kalau silap faham atau rasa curiga itu akan menimbulkan  fitnah besar, lebih-lebih lagi sekiranya hal ini terdengar oleh  orang-orang munafik, seperti peristiwa yang telah menimpa Aishah, pada  peristiwa HadithuI-ifq.
Walaupun demikian segala jenis makhluk halus tidak boleh menjelma menyerupai Rasulullah s.a.w. Sebuah hadith riwayat Abu Hurairah menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa  melihat aku dalam tidur, maka sesungguhnya ia betul telah melihat akan  daku kerana syaitan itu tidak akan menjelma menyerupai akan daku.
Sebuah hadis lain riwayat daripada Jabir r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Barangsiapa  melihat akan daku dalam tidur, maka sesungguhnya ia telah melihat akan  daku. Maka sesungguhnya syaitan tidak berupaya menjelma menyerupaiku.
Tentang  jenis-jenis makhluk halus ini, Imam At-Tabrani telah meriwayatkan  sebuah hadis dengan katanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Jin itu ada 3 golongan. Satu golongan mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu golongan lagi berpindah dan bertempat.
Abu Darda' telah meriwayatkan secara marfu' hadis yang berbunyi:
Allah  menjadikan jin itu 3 golongan. Golongan ular, kala jeengking dan  binatang tanah, golongan semacam angin di udara dan satu golongan di  atas mereka hisab dan balasan. Dan Allah menciptakan manusia 3 jenis,  satu jenis seperti binatang.
Dalam kitab Gharaibu wa 'AjaibiiI-Jinn karangan AI-Qadi Baharuddin menyebutkan tentang adanya sejenis jin yang separuh rupanya seperti manusia, namanya Shaqq, kerjanya menghalangi orang yang musafir bersendirian dan adakalanya membinasakan dia.
Sebuah Hadis riwayat daripada Muaz bin  Jabal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberikan tamar sedekah  kepadanya untuk dijaga. Tamar yang diletakkan dalam sebuah bilik itu  didapati semakin berkurangan setiap hari. Lalu ia mengadu kepada  baginda. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa itu adalah perbuatan  syaitan Ialu menyuruhnya menunggu. Pada waktu malam dat.anglah satu  lembaga menyerupai gajah. Apabila tiba ke pintu, lembaga itu masuk  melalui celah-celah pintu setelah bertukar daripada rupa asalnya.  Apabila ditangkap dan diberi amaran untuk dibawa ke hadapan Rasulullah  s.a.w., lembaga itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.  Pada keesokan harinya apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w. apakah yang  telah dilakukan olehnya terhadap orang tawanannya itu, Muaz berkata  bahawa lembaga itu telah dilepaskan setelah ia berjianii tidak akan  datang lagi. Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa lembaga itu akan datang  lagi dan menyuruh Muaz menunggu.
Pada malam yang kedua Muaz  telah menunggunya dan menangkap lembaga tadi tetapi melepaskannya  apabila in merayu dan berjanji tidak akan datang lagi.
 
Pada malam ketiga lembaga tadi datang lagi Ialu ditangkap. Akhirnya ia dilepaskan oleh Muaz setelah memberitahu kegunaan dua ayat AI-Quran, iaitu ayat al-Kursi dan ayat di akhir surah al-Baqarah (Aamanarrasul). Jika ayat-ayat ini dibaca dalam sebuah rumah, syaitan tidak akan datang ke rumah tersebut. Ayat kedua yang dimaksudkan ialah Surah al-Baqarah ayat 285:

Sebuah  hadis lain yang diriwayatkan dari Ubai bin Kaab, menyatakan bahawasanya  ia mempunyai satu bekas berisi tamar dipertaruhkan kepadanya. Tiba-tiba  didapati isinya telah susut. Pada satu malam ia telah terjaga,  tiba-tiba terlihat bayangan seorang budak. Lalu ia memberi salam kepada  budak tadi dan dijawab salamnya. Apabila ditanya siapa dia yang  sebenarnya, adakah jin atau manusia. Lembaga itu menjawab mengatakan  bahawa ia adalah jin. Ubai bin Kaab meminta supaya lembaga itu  menghulurkan tangannya. Apabila dihulurkan, didapati tangan itu seperti  tangan anjing begitu juga rambutnya. Bila ditanya adakah jin dijadikan  sedemikian rupa. Dijawab, bahawa bentuk jin adalah lebih dahsyat  daripada dirinya.
Berdasarkan ringkasan maksud hadis-hadis di  atas, menunjukkan bahawa makhluk-makhluk halus berupaya menjelmakan  dirinya dalam berbagai-bagai bentuk kecuali rupa Rasulullah s.a.w.
 
Imam Muslim meriwayatkan bahawa seorang pemuda kaum Ansar telah membunuh ular dalam rumahnya, lalu ular itu mati. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Imam Muslim meriwayatkan bahawa seorang pemuda kaum Ansar telah membunuh ular dalam rumahnya, lalu ular itu mati. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya  di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila  kamu lihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari.  Jika ternyata kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia  kerana sesungguhnya dia itu syaitan.
 
Sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Said al-Khudri yang telah menceritakan bahawa pada satu hari ia mempunyai seorang tamu. Tiba-tiba tamu itu melihat ular dan hendak membanuhnya. Abu Said telah melarangnya membunuh ular tadi dan menceritakan suatu cerita yang pernah berlaku di rumahnya.
 
Di rumah itu ada seorang pemuda yang baru berkahwin. Kami, iaitu golongan daripada Sabahat telah keluar kerana menggali parit (khandak). Pemuda itu menyatakan keuzurannya kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta diri untuk pulang. Rasulullah s.a.w. telah membenarkannya untuk pergi selama sehari sahaja. Baginda menyuruhnya membawa senjata kerana takut kalau pemuda itu diganggu oleh Bani Quraizah. Pemuda itu pun mengambil senjatanya Ialu beredar pulang.

Setibanya di  rumah, tiba-tiba didapati isterinya sedang berdiri di antara pagar  pintu rumahnya dengan pintu besar. Pemuda itu merasa cemburu dan  mengacukan lembing hendak menikam isterinya. Isterinya tampil ke pintu,  menyuruhnya masuk ke rumah untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi.  Pemuda itu terus masuk ke dalam. Didapati ada seekor ular besar  berlegar di dalam hamparan, Ialu ular tersebut dibunuhnya dengan lembing  tadi. Kemudian ia pun membawa ular itu keluar dan memacakkan ke tanah.  Ketika nyawa ular itu hampir hilang, pokok di hadapan rumahnya bergerak  bergoyang-goyang. Pemuda itu meninggal dunia tidak lama selepas ular itu  mati.
Kami telah menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan  peristiwa yang berlaku. Kami meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar,  Allah menghidupkan ular (jin) itu. Rasulullah. s.a.w. telah bersabda:
Sesungguhnya  di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila  kamu melihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari.  Jika ternyata kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia  kerana sesungguhnya dia itu syaitan.
Seperti yang dijelaskan bahawa makhluk-mak yang hanya akan berakhir dengan tiupan sangakala pertama.
Dalam  peristiwa yang menyebabkan iblis dilaknat dan dihukumkan kafir oleh  Allah, iblis telah memohon kepada Allah agar umurnya juga keturunannya  dipanjangkan seperti yang termaktub dalam Surah al-Hijr ayat 36:
Wahai Tuhanku, (kalau demikian) berilah aku tangguh sampai hari mereka akan dibangkitkan.
Allah telah memperkenankan permohonannya dengan firmannya seperti yang termaktub dalam Surah al-Hijr ayat 37 & 38:
Dia (Allah) berfirman: Maka sesungguhnya engkau adalah dari mereka yang diberi tangguh, sampai hari waktu yang ditentukan.
Jelasnya  iblis dan keturunannya, iaitu syaitan tidak akan mati hingga hari  kiamat. Ini berbeza dengan had umur jin yang akan mati apabila tiba  masanya seperti yang telah ditetapkan oleh Allah.

0 komentar to “Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah 1”