Kisah Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman as
Salah satu daripada mukjizat yang diberikan oleh  Allah swt pada Nabi  Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya  namanya dan nama Allah swt.  Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya  nama para Nabi dan nama  Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat  seperti tempat-tempat yang  hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat  dan seumpamanya juga tidak  boleh dipakai ketika tidur dan ketika  berhadas besar.
Kerajaan Nabi  Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga  anginpun tunduk  atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi  Sulaiman a.s. untuk  pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak  perlu berkenderaan.  Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang  di atas permaidani  sekiranya baginda yang diiringi oleh  pembesar-pembesar kerajaannya  mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda  yang luas itu.
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s.  bersama  pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah  daerah  kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang  diterbangkan angin  sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan  yang terletak di  tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang  menjemur ikan. Di  antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta  menjemur ikan. Dari  kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang  amat hitam rupanya dan  tidak menarik perhatian kaum lelaki.
Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.
Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”
Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.
Mendengarkan cemuhan dan  hinaan  mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat   pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlah yang   baik lebih utama.
Setelah Nabi Sulaiman a.s.   bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah   kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.
Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke   tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama   Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.
Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi   Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku,   ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan   cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.
Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.
Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.
Adapun Ifrit setelah  ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam  istana kerajaan dan  duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi  Sulaiman a.s. ke  istana dan mendapati seorang yang menyerupai dirinya  duduk di atas  singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.
Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”
Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu   bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di   kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”
Apabila   rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi   meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan   yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua   mereka menafikannya.
Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung   nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya   untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat   itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang   berhadapan dengan Raja Sulaiman.
Nabi  Sulaiman  a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik  dan  baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat   sehingga menghasilkan pendaptan yang lumayan dengan nelayan itu.
Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan  tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.
Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa   makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku,   panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”
Gadis tersebutpun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.
Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.
Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.
Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.
Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.
Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.
Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir aalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.
Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya
Sumber


1 to “Kisah Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman as”>
Assalamu Alaikum wr-wb, perkenalkan nama saya ibu Rosnida zainab asal Kalimantan Timur, saya ingin mempublikasikan KISAH KESUKSESAN saya menjadi seorang PNS. saya ingin berbagi kesuksesan keseluruh pegawai honorer di instansi pemerintahan manapun, saya mengabdikan diri sebagai guru disebuah desa terpencil, dan disini daerah tempat saya mengajar hanya dialiri listrik tenaga surya, saya melakukan ini demi kepentingan anak murid saya yang ingin menggapai cita-cita, Sudah 9 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 4 kali mengikuti ujian, dan membayar 70 jt namun hailnya nol uang pun tidak kembali, bahkan saya sempat putus asah, pada suatu hari sekolah tempat saya mengajar mendapat tamu istimewa dari salah seorang pejabat tinggi dari kantor BKN pusat karena saya sendiri mendapat penghargaan pengawai honorer teladan, disinilah awal perkenalan saya dengan beliau, dan secara kebetulan beliau menitipkan nomor hp pribadinya dan 3 bln kemudian saya pun coba menghubungi beliau dan beliau menyuruh saya mengirim berkas saya melalui email, Satu minggu kemudian saya sudah ada panggilan ke jakarta untuk ujian, alhamdulillah berkat bantuan beliau saya pun bisa lulus dan SK saya akhirnya bisa keluar,dan saya sangat berterimah kasih ke pada beliau dan sudah mau membantu saya, itu adalah kisah nyata dari saya, jika anda ingin seperti saya, anda bisa Hubungi Bpk Drs Tauhid SH Msi No Hp 0853-1144-2258. siapa tau beliau masih bisa membantu anda, Wassalamu Alaikum Wr Wr ..